Friday 31 July 2015

Siri 6/9: Ilusi Bintang Bertukar


Cubalah kad ajaib di bawah untuk melihat sendiri bahawa kadang-kadang apa yang kita lihat tidak sama dengan apa yang benar-benar berlaku. Ilusi visual ini boleh sahaja dilakukan dengan bantuan sains!

Apa yang anda perlukan?

Kad “Ilusi Bintang Merah” seperti di dalam gambar di bawah:

Apa yang perlu dibuat?
1. Pegang kad “Ilusi Bintang Merah” dengan jarak lebih kurang 30 cm dari penglihatan anda.
2. Renung bulatan hitam di dalam bintang merah di sebelah kiri kad selama 20 saat.
3. Sekarang, alihkan pandangan anda kepada bulatan hitam di dalam petak putih di sebelah kanan.
4. Adakah anda melihat bintang berrwarna hijau muda?

Apakah yang berlaku?
Apabila anda merenung sesuatu warna untuk sesuatu tempoh masa dan kemudian mengalihkan padangan anda ke arah sesuatu permukaan putih, satu imej tinggal (afterimage) kepada warna pelengkap (complementary) akan muncul.

Di dalam kes ini apabila kita merenung warna merah, warna yang akan kelihatan ialah warna hijau muda yang merupakan warna pelengkap kepada merah. Apabila kita merenung warna merah untuk beberapa lama, fotoreseptor (sel saraf khusus yang mengesan dan bergerak balas terhadap rangsangan cahaya) cahaya merah pada retina telah menjadi lesu. Ini mengurangkan keupayaannya untuk menghantar maklumat ke otak. Apabila kita melihat warna putih sejurus selepas itu, bahagian merah kepada sinar tuju tidak disampaikan dengan sepenuhnya seperti warna lain. Imej terbaru ini dipengaruhi oleh susutnya warna merah. Ini mengakibatkan ilusi warna pelengkap kepada merah iaitu warna hijau muda akan kelihatan.

Tahukah anda?
Di dalam teori warna, apabila dua warna bercampur dengan kadar yang sepatutnya, ia akan menghasilkan warna neutral (kelabu, putih atau hitam).

Selamat mencuba!




Ikuti kesemua 9 siri “Ilusi dan Sains”  seperti berikut:-

Siri 9/9 : "Pepejal + Cecair = Gas!"
http://www.creating-wonder.blogspot.com/2015/07/siri-99-pepejal-cecair-gas.html




Kunjungi pameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!
Maklumat lanjut boleh didapati di  




Shared by Nor Azhar Ishak
Guest Blogger

No comments:

Post a Comment