Thursday 31 March 2016

Belajar Dengan Mengajar Orang Lain


Kredit imej: peanuts.wikia.com 

Belajar sambil mendengar dan duduk lama di dalam dewan kuliah mahupun di dalam bilik darjah atau apa saja jenis ceramah yang dihadiri? Berapa peratuskah yang dapat kita pelajari hanya dengan mendengar kuliah? Sudah sememangnya kita pelajari sesuatu yang baru tetapi adakah kita dapat 'menghadam' kesemua maklumat daripada hanya duduk dan mendengar? Jawapannya adalah kita cuma perolehi 20% daripada keseluruhan isi kandungan sesuatu sesi. Tetapi sekiranya sesi pembelajaran kita dibantu oleh gambar, rajah, video, graf dan sebagainya,  kita  akan memperoleh 50% daripada keseluruhan isi kandungan pembelajaran seperti yang tercatat dalam kata-kata hikmah oleh William Glasser di bawah.


Tetapi bukankah matlamat kita untuk mendapat 100%? Bagaimana caranya? 
Pelajar belajar bukan sahaja sekadar membaca, mendengar tetapi perlu mengalaminya sendiri dan mengambil bahagian di dalam setiap pembelajaran. Kesan pembelajaran boleh mencecah sehingga 80% apabila pelajar mengalaminya sendiri melalui eksperimen-eksperimen yang dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam kehidupan seharian mereka.


Walau bagaimanapun, kita boleh memperoleh pembelajaran sebanyak 95% daripada keseluruhan isi kandungan apabila kita mengajar orang lain. Sebagai contoh, seorang pelajar mendapat 95% daripada keseluruhan sesuatu subjek apabila beliau menerangkan cara-cara untuk menyelesaikan satu masalah matematik kepada rakan-rakannya manakala seseorang pelajar hanya mampu memperoleh 30% sekiranya pelajar tersebut menyelesaikan masalah matematik itu secara sendiri.

Lihat video di bawah ini. Pelajar ini sedang menerangkan tentang beberapa konsep sains kepada para penonton dalam pertunjukan sains di atas pentas dengan caranya yang menarik dan tersendiri.  Ini adalah satu cara 'belajar' dengan 'mengajar orang lain' di mana pembelajaran cara ini lebih berkesan kerana kita mendapat sebanyak 95% daripada keseluruhan isi kandungan. 


Jadilah seperti kawan kita ini. Belajar dengan cara mengajar orang lain. Di samping itu rebutlah peluang memenangi hadiah-hadiah menarik apabilah anda serlahkan bakat anda untuk 'mengajar orang lain' tentang sesuatu konsep sains dalam pertandingan Petrosains Science Show Competition yang dianjurkan oleh Petrosains pada setiap tahun.


Layari laman web http://www.petrosains.com.my/science-show-competition/ atau di http://www.petrosains.com.my/science-show-competition/howtoenter.php    untuk menyertai pertandingan Petrosains Science Show Competition!


Ikuti  Facebook kami di https://www.facebook.com/scienceshowcompetition/untuk sebarang maklumat terkini!




Posted by Ayu Royani
Petrosains Blogger

No comments:

Post a Comment