Wednesday 14 December 2016

Aktiviti #3 Kegemaran Saya Di Petrosains


Hai! Nama saya Fizz. Saya adalah salah seorang Komunikator Sains di Petrosains. Ada 'baaaanyaaaaak' aktiviti sains yang saya gemari di sini. Salah satu aktiviti sains yang paling saya gemari di Petrosains dan mengungguli tempat ketiga dalam carta persendirian saya adalah “Rude Noise Machine”. Nak tau #1 & #2, kenalah tunggu pos saya yang seterusnya.
Jadi, kenapa saya suka aktiviti “Rude Noise Machine” ini?

Sebabnya ialah ia lain dari yang lain. Ia sebenarnya adalah satu alat yang boleh mengeluarkan bunyi seperti….   bunyi kentut. Tak percaya? Kalau tak percaya, jom cuba. Kalau percaya pun, jomlah cuba juga!

Apa yang anda perlukan:

a) Suratkhabar lama
b) Pensel
c) Gunting
d) Pita pelekat 


Cara-cara membuatnya:

1. Potong kertas pada saiz yang bersesuaian (1/4 saiz suratkhabar)


2. Gulung kertas. Gunakan pensel untuk memudahkan permulaan gulungan. (Pastikan pensel tidak tertinggal di dalam gulungan!)


3. Potong salah satu hujung gulungan supaya menjadi tajam.


4. Pegang gulungan seperti gambar di bawah dan potong dari bahagian yang ditunjukkan.


5. Potong sehingga tinggal kira-kira 0.5 cm bahagian sahaja yang bersambung.


6. Anda akan dapati terdapat beberapa helai kepingan berbentuk segitiga. Potong semuanya dan tinggalkan satu keping sahaja. (Sekiranya terdapat beberapa helai kepingan segitiga, ia akan sukar untuk bergetar dan menjadikannya sukar berbunyi).


7. Lipat sedikit bahagian segitiga seperti gambar dibawah.


8. Akhir sekali, sedut perlahan-lahan dari hujung gulungan kertas seperti anda menggunakan penyedut minuman. 



9. Adakah anda berjaya menghasilkan bunyi dengan alat ini?



10. Adakah bunyi yang dihasilkan berbeza jika gulungan kertas lebih pendek?
Apakah bunyi? Bunyi terhasil daripada getaran. Getaran tersebut akan menyebabkan medium (udara, air dan pepejal) di sekelilingnya juga bergetar. Getaran yang sampai ke gegendang telinga kita akan dihantar ke otak untuk ditafsirkan. 

Dalam aktiviti ini, apabila udara disedut melalui gulungan kertas, kepingan segitiga di hujung gulungan akan bergetar dan menghasilkan bunyi.

Selamat mencuba!



Shared by Fizz Tahir
Guest Blogger


No comments:

Post a Comment