Friday 3 February 2017

Tanam 'Coral', Pulihara Hidupan Laut di Pulau Gayana, Sabah



Lawatan singkat kami ke Marine Ecology Research Centre (MERC) Pulau Gayana, Kota Kinabalu Sabah amatlah bermakna kerana terlalu banyak perkara yang kami pelajari di sana. Antara yang menarik adalah mengunjungi MERC itu sendiri. Negeri Sabah yang memang terkenal dengan keindahan pulau memang  tidak asing lagi tetapi yang menjadikan Pulau Gayana (salah sebuah pulau di Kota Kinabalu, Sabah) lebih unik adalah kerana ia memiliki pusat pemuliharaan hidupan laut sendiri termasuk kepakaran pegawai-pegawai bertauliah yang mengendalikan setiap program-program pendidikan beretemakan alam sekitar di sana.


Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan ialah tanam 'coral' atau terumbu karang. Terumbu karang banyak didapati 'pecah' di sekitar pulau. Ini adalah akibat ombak yang kuat, dilanggar bot-bot, terpijak atau ketidaksengajaan ketika menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti 'snorkeling' dan juga akibat dilanggar oleh ikan-ikan besar di dalam laut.

Apabila sudah dilanggar, terumbu karang akan pecah menjadi fragmen-fragmen kecil dan didapati terbaring di dasar laut. Jika tidak diselamatkan, terumbu karang akan terus mati akibat proses endapan atau 'sedimentation'. Namun penyelam-penyelam MERC akan mengutip fragmen-fragmen ini bagi menyelamatkannya sekaligus memulihara terumbu karang di laut Sabah.

Gambar di atas dan di bawah menunjukkan fragmen-fragmen kecil terumbu karang yang masih hidup.  
 


Sebekas simen akan disediakan dan para pengunjung boleh menanam 'coral' secara menegak bagi  membolehkan terumbu karang hidup seperi biasa berbanding dengan keadaannya yang dijumpai terbaring di dasar laut sebelum itu. 

Para pengunjung boleh memilih samada ingin menanam 'coral' sahaja atau 'adopt' terumbu karang di mana laporan berjadual akan disedikan oleh pihak MERC melalui emel.






Setelah aktiviti menanam 'coral selesai, ia akan ditempatkan di dalam 'stabilization tank' selama dua minggu sebelum ia akan diletakkan semula ke persekitaran asal terumbu karang di dalam laut.



Bagi saya, aktiviti ini sangat menarik dan yang paling penting adalah kami berpuas hati kerana kami telah membantu menyelamatkan terumbu karang.

Sekiranya anda juga ingin melakukannya, bolehlah menaiki bot ke Pulau Gayana melalui pelabuhan Jesselton, Kota Kinabalu, Sabah.






Posted by Ayu Royani
Petrosains Blogger   

No comments:

Post a Comment